Makkah lancar platform digital urus program iftar Ramadan

MAKKAH – Pihak Berkuasa Am bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi telah melancarkan mekanisme digital untuk menguruskan program iftar Ramadan bagi individu yang berpuasa, lapor Saudi Press Agency (SPA).
Sistem yang dibangunkan bersama Platform Kebangsaan Ehsan untuk Kerja Amal dan Yayasan Nusuk itu bertujuan meningkatkan tadbir urus, ketelusan serta keberkesanan operasi.
Proses yang dipermudahkan bermula dengan pendaftaran individu dan organisasi bukan keuntungan melalui laman web rasmi pihak berkuasa, diikuti pemprosesan pembayaran secara selamat melalui platform Ehsan.
Setelah transaksi disahkan, penyediaan hidangan iftar akan diselesaikan dan permit rasmi dikeluarkan kepada penderma, memastikan aliran kerja yang telus dan didokumenkan dari awal hingga selesai. - Bernama
Ringkasan AI
- MAKKAH - Pihak Berkuasa Am bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi memperkenalkan mekanisme digital untuk mengurus program iftar Ramadan
- Mekanisme ini dibangunkan dengan kolaborasi Platform Kebangsaan Ehsan untuk Kerja Amal dan Yayasan Nusuk
- Tujuannya adalah untuk meningkatkan tadbir urus, ketelusan dan keberkesanan operasi
- Pendaftaran bagi individu dan organisasi bukan keuntungan dilakukan melalui laman web pihak berkuasa dan pembayaran diproses secara selamat melalui platform Ehsan
- Setelah transaksi disahkan, penyediaan hidangan iftar akan diselesaikan dan permit rasmi dikeluarkan kepada penderma, memastikan proses yang telus dan terdokumen
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
