Cuba bakar gelandangan demi kejar tontonan tinggi

Ketiga-tiga pelaku tersebut turut memuat naik rakaman perbuatan melampau mereka di media sosial. - Foto Agensi
Ketiga-tiga pelaku tersebut turut memuat naik rakaman perbuatan melampau mereka di media sosial. - Foto Agensi
A
A
A

BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand mengenal pasti identiti tiga pelaku berusia sembilan hingga 15 tahun yang cuba membakar lelaki gelandangan di ibu kota.

Perbuatan dilakukan trio berkenaan demi untuk meraih tontonan tinggi di media sosial telah mengundang kecaman warganet.

Mangsa dikenali sebagai Karn, 51, yang tinggal di bawah Jambatan Ban Ma di daerah Prawet, Bangkok turut dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

"Saya sedang tidur apabila cecair sejuk dicurahkan ke atas tubuh saya lalu api marak dengan cepat. Saya tidak mengenali mereka dan ia mungkin serangan secara rawak," menurut laporan media tempatan memetik kenyataannya.

Tindakan melampau mereka telah menyebabkan paip air berhampiran musnah.

Ketiga-tiga suspek itu bakal dikenakan beberapa pertuduhan termasuk cubaan membunuh dan mengakibatkan kerosakan harta benda. - Agensi

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pihak berkuasa Thailand mengenal pasti identiti tiga pelaku berusia sembilan hingga 15 tahun yang cuba membakar lelaki gelandangan di ibu kota
  • Perbuatan dilakukan demi meraih tontonan tinggi di media sosial
  • Mangsa dikenali sebagai Karn, 51, yang tinggal di bawah Jambatan Ban Ma di daerah Prawet, Bangkok
  • Karn cedera akibat serangan yang dilakukan semasa dia tidur
  • Ketiga-tiga suspek bakal dikenakan beberapa pertuduhan termasuk cubaan membunuh dan mengakibatkan kerosakan harta benda

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!