Kerja pembersihan Air Terjun Tanjung Batu dilakukan segera

Kesan kerosakan di kawasan Air Terjun Tanjung Batu, Segari. Gambar kecil: Mohamed Zin
Kesan kerosakan di kawasan Air Terjun Tanjung Batu, Segari. Gambar kecil: Mohamed Zin
A
A
A

IPOH - Kerja-kerja pembersihan di kawasan Air Terjun Tanjung Batu, Segari yang tercemar dengan sisa pokok dan kayu hasil penerokaan hutan akan dilakukan dengan kadar segera.

Pengarah Perhutanan Perak, Datuk Mohamed Zin Yusop berkata, arahan serta-merta telah dikeluarkan kepada syarikat kontraktor terlibat bagi tujuan itu.

"Buat masa ini, kontraktor telah diarah melakukan kerja-kerja pembersihan dengan segera.

"Jabatan juga akan membuat semakan lanjut sama ada kontraktor telah melanggar syarat lesen, jika ada tindakan sewajarnya akan diambil mengikut peruntukan Akta Perhutanan Negara 1984," katanya ketika dihubungi pemberita pada Isnin.

Menurutnya, antara punca utama kerosakan berlaku di kawasan itu adalah disebabkan wujudnya aktiviti kuari di kawasan berhampiran.

"Hujan lebat telah menghanyutkan sisa-sisa kayu ke dalam sungai berkenaan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan membuat penilaian kerosakan di kawasan itu bagi menentukan tahap keseriusan kemusnahan yang berlaku.

"Semakan lanjut akan dibuat selepas menerima laporan daripada Pejabat Hutan Daerah," katanya.

Artikel Berkaitan: