Covid-19: Empat pejabat Exco Terengganu ditutup 14 hari

Wisma Darul Iman
Wisma Darul Iman
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Empat pejabat Exco kerajaan Terengganu di Wisma Darul Iman di sini ditutup selama 14 hari bermula Ahad bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan susulan terdapat lima kes positif Covid-19 yang mempunyai sejarah mengunjungi kawasan terbabit.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, empat pejabat exco terlibat ialah Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar; Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan; Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar serta Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi.

"Terdapat lima kes positif Covid-19 dalam kalangan pekerja Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Wisma Darul Iman di mana hasil siasatan mendapati kes-kes berkenaan bergaul rapat dengan pekerja di pejabat terbabit.

"Sehubungan itu, premis berkenaan diarahkan tutup selama 14 hari bermula 17 hingga 30 Januari bagi membolehkan kerja-kerja membasmi kuman untuk mengelakkan perebakan penyakit," katanya.

Menurut surat rasmi tersebut, arahan penutupan itu dikeluarkan di bawah Seksyen 18 (1)(d) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Artikel Berkaitan: