X

Kindly register in order to view this article
!

Naik taraf Medan Selera Ampangan kembali jadi tumpuan

Mohamad Rafie Ab Malek
A
A

SEREMBAN- Kerajaan Negeri Sembilan bercadang untuk menaik taraf Medan Selera Ampangan dekat sini supaya lokasi itu kembali menjadi tumpuan orang ramai.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab Malek berkata, usaha itu juga akan membantu peniaga-peniaga kecil yang berniaga di kawasan terbabit untuk terus berkembang maju.

"Sejak medan selera itu beroperasi pada 2013 sehingga kini, ia kelihatan suram dan gagal menarik pelanggan malah hanya sekitar 50 peratus daripada 70 premis di medan selera ini digunakan.

"Keadaan ini berbeza sebelum bangunan baharu ini dibina di mana di tempat yang dahulunya dikenali sebagai Benteng Ampangan ini keadaannya sangat meriah dengan kunjungan ramai orang yang datang menjamu selera," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Justeru, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ampangan berkata, satu jawatankuasa khas untuk menaiktaraf Medan Selera Ampangan telah di wujudkan pada Oktober tahun lalu melibatkan wakil daripada Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Persatuan Benteng Ampangan, Ahli Majlis MBS di kawasan Ampangan, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dalam kawasan Ampangan dan wakil-wakil masyarakat.

"Ketika ini perbincangan mengenai menaik taraf medan itu berada di peringkat akhir iaitu bagi mendapatkan kerjasama MBS untuk membuat beberapa perubahan.

" Usaha menaik taraf medan itu nanti meliputi penambahbaikkan fizikal bangunan selain meningkatkan perkhidmatan peniaga di situ agar masyarakat tertarik untuk mengunjungi dan membeli-belah di kawasan ini," katanya.

Mohamad Rafie menjangkakan usaha itu akan dapat dilaksanakan dan diselesaikan dalam tempoh suku pertama serta kedua tahun ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!