X

Kindly register in order to view this article
!

Produk Mi Segera VIT’S di pasaran sah Halal sejak 1980

A
A

RAWANG - VIT Makanan Kuala Lumpur Sdn Bhd adalah syarikat pengeluar makanan berasaskan mi segera yang telah ditubuhkan sejak 1975.

VIT’S merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah sejak 1980-an bernombor 1 001-01/2005.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Pembangunan VIT’S, YT Lai. menjelaskan produk VIT’S yang berada di pasaran adalah daripada pengeluaran di mana sijil halal masih dalam tempoh yang sah.

"Oleh itu, kami memberi jaminan bahawa produk yang berada di pasaran adalah memenuhi piawaian halal dan selamat untuk dimakan. Maka pengguna boleh terus mengguna produk kami tanpa ragu ragu.

"Merujuk kepada isu yang tular di media sosial baru-baru ini, ingin kami jelaskan statusnya dengan lebih terperinci agar ia tidak memberi tanggapan negatif atau menyebabkan pengguna muslim kami salah faham terhadap situasi sekarang," katanya.

Sementara itu, Pegawai Halal VIT'S, Chumihati berkata, pada September 2020 lalu, premis VIT’S telah dilawati oleh Inspektor dari Jabatan Halal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk pemeriksaan berkala.

Jelas beliau, pihak JAIS telah mengutarakan isu-isu teknikal yang berkaitan dengan kebersihan di bahagian pemprosesan dan VIT’S mengambil tindakan yang sewajarnya untuk penambahbaikkan terhadap isu-isu berkenaan serta sedang menunggu giliran untuk diinspeksi semula oleh JAIS.

“Kami adalah salah satu daripada 300 syarikat yang menunggu giliran untuk diinspeksi. Kami akur dengan giliran yang ditetapkan memandangkan situasi pandemik yang membataskan jadual pegawai JAIS untuk membuat pemeriksaan buat masa ini”, katanya.

Terbaru, pada 6 Januari lalu, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah melawat premis VIT’S dengan melakukan pemeriksaan dan memberi nasihat kepada VIT’S untuk tidak mengeluarkan produk pengeluaran bertarikh terkini ke pasaran sehingga mendapat kelulusan daripada JAIS.

Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai lebih dari 50 peratus jumlah pekerja Melayu dan Islam, VIT’S amat mementingkan piawaian Halal yang mengutamakan faktor kebersihan.

VIT’S juga telah bekerjasama dengan JAIS dan KPDNHEP untuk menyelesaikan isu ini dengan secepat mungkin.

VIT’S memahami kepentingan keperluan halal dan memandang serius terhadap perkara ini.

VIT'S memohon orang ramai untuk berurusan terus kepada VIT’S untuk sebarang pertanyaan dan menggesa agar menghentikan penyebaran sebarang maklumat palsu yang boleh mengundang kepada salah faham.

Segala status terkini akan dimaklumkan di portal rasmi www.vitsnoodles.com

Segala maklumbalas boleh diusulkan kebahagian komunikasi pemasaran melalui e-mel [email protected] kepada Puan Nor Syazwany.

#vitsnoodles

#vitsinstantnoodles #instantnoodlerawang #vitsitalianmigoreng


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!