X

Kindly register in order to view this article
!

Op Benteng: PGA tahan 11 PATI

Azhari (kiri) bersama Nor Azizan (kanan) semasa majlis serah terima tugas antara PGA Batalion 7 Kuantan dengan PGA Batalion 9 Kuala Terengganu.
A
A

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan menahan 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba masuk secara haram ke negara ini sepanjang sebulan penugasan di Op Benteng Covid-19 bermula 16 Disember lalu hingga Sabtu.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, daripada jumlah tersebut warga Vietnam merupakan PATI yang paling ramai ditangkap sepanjang penugasan bermula di Rantau Panjang ke Pengkalan Kubur, Tumpat iaitu seramai tujuh orang.

"Selain itu, kita turut menahan PATI dari Thailand (2), Bangladesh (2) dan lain-lain negara (2).

"Pada masa yang sama, kita turut menangkap seorang PATI wanita dalam operasi tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Serah Terima Tugas Antara PGA Batalion 7 Kuantan dengan Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9 Kuala Terengganu, Superintendan Nor Azizan Yusof.

Hadir sama, Timbalan Komander Briged Tenggara PGA, Asisten Komisioner Sanudin Md Isa dan Panglima Briged Kelapan Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Zamsari Abu Hasan.

Menurutnya, kejayaan itu memperlihatkan kesungguhan pihaknya mengekang kemasukan PATI seterusnya memutuskan rantai pandemik Covid-19.

Azhari berkata, sepanjang sebulan penugasan di sempadan Malaysia-Thailand, pihaknya telah merampas pelbagai barangan seludup bernilai RM4.3 juta melibatkan 81 kes.

Katanya, kes berkait polis dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) mencatatkan kejayaan paling tinggi iaitu 17 kes.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!