Kastam rampas kayu merah, arak RM6.9 juta

Kastam menumpaskan cubaan menyeludup masuk kayu merah bernilai RM6.3 juta di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang pada Selasa.
Kastam menumpaskan cubaan menyeludup masuk kayu merah bernilai RM6.3 juta di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang pada Selasa.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia menggagalkan cubaan menyeludup masuk kayu merah atau 'red sandalwood' dan minuman keras dianggarkan bernilai RM6.9 juta di sini, baru-baru ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, sindiket penyeludupan kayu merah itu dibongkar selepas sepasukan anggota Kastam Zon Tengah Unit II (Selangor) menahan sebuah kontena di Pelabuhan Utara, pada Selasa.

"Pemeriksaan di dalam kontena itu mendapati terdapat 11,000 kilogram (kg) kayu merah bernilai RM6.3 juta yang diikrar sebagai barangan rumah.

"Kayu merah atau 'red sandalwood' dengan nama saintifik 'pterocarpus santalinus' itu diklasifikasikan sebagai dagangan terancam di bawah Bahagian II Jadual Ketiga, Akta 686, Akta Barangan Antarabangsa Mengenai Spesis Terancam 2008," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.

Dalam kes berlainan, Kastam merampas 21,600 liter minuman keras tidak bercukai bernilai RM613,440 dalam sebuah kontena di Pelabuhan Utara pada Khamis.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Akta kastam 1967 dan Akta Eksais 1976.

Justeru, pihaknya menyeru orang awam memberi kerjasama kepada Kastam untuk menyalurkan maklumat mengenai aktiviti penyeludupan menerusi talian bebas tol kastam 1800-88-8855 atau mana-mana pejabat kastam terdekat di semua negeri.

Artikel Berkaitan: