Taman awam seliaan DBKL dibenarkan buka

Taman awam seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan dibuka kepada orang awam mengikut SOP dibenarkan. Gambar kecil: Annuar Musa
Taman awam seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan dibuka kepada orang awam mengikut SOP dibenarkan. Gambar kecil: Annuar Musa
A
A
A

KUALA LUMPUR - Taman awam di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan dibuka kepada orang awam mengikut prosedur operasi standard (SOP) dibenarkan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan itu dibuat selepas membuat pertimbangan daripada pandangan orang awam.

Menurutnya, pembukaan semula taman awam ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 itu akan dikawal selia dan dipantau oleh pihak berwajib bagi memastikan pematuhan SOP ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Kementerian bersetuju taman awam dibuka kepada orang awam selagi mana ia tidak bertentangan dengan SOP.

"Tidak boleh adakan senamrobik berkumpulan, aktiviti berkelompok atau penjualan perniagaan yang tidak mengikut garis panduan ditetapkan, " katanya ketika live di Facebook beliau pada Jumaat.

Terdahulu, DBKL memaklumkan penutupan semua taman-taman awam di bawah seliaan DBKL termasuk fasiliti di dalamnya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 13 Januari hingga 26 Januari 2021.

Ia selaras dengan pengumuman Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung arahan penutupan taman awam di negeri-negeri di bawah PKP.

Ismail berkata, aktiviti seperti berbasikal dan joging yang dibenarkan sepanjang 14 hari PKP adalah di sekitar kawasan kejiranan sahaja.

Artikel Berkaitan: