Unifi terima anugerah penyedia internet terbaik Malaysia

Dua anugerah yang diterima oleh Unifi baru-baru ini.
Dua anugerah yang diterima oleh Unifi baru-baru ini.
A
A
A

PEMANGKIN kesalinghubungan negara, unifi baru-baru ini menerima pengiktirafan berprestij daripada pakar jenama global, World Branding Forum dan portal teknologi terkemuka di Malaysia, PC.com melalui anugerah terbaik di bawah kategori jalur lebar.

Ketua Pegawai Komersial TM, Anand Vijayan berkata, dua pengiktirafan yang diterima adalah Anugerah Jenama Terbaik Tahunan di bawah kategori Penyedia Perkhidmatan Jalur Lebar dan Internet oleh World Branding Forum serta kategori Pembekal Perkhidmatan Jalur Lebar Tetap Rumah Terbaik dan Penyedia Jalur Lebar Tetap Perniagaan Terbaik dalam Best Product Awards 2020 PC.com 2020.

Menurutnya, anugerah peringkat nasional dan antarabangsa itu mengiktiraf usaha inovatif unifi dalam memangkin gaya hidup digital melalui kesalinghubungan yang lancar untuk pengguna dan perniagaan melalui pelbagai tawaran penyelesaian jalur lebar, mudah alih serta kandungan.

"World Brand Awards merupakan program anugerah utama World Branding Forum, sebuah organisasi global bukan berasaskan keuntungan yang berpusat di London.

"Anugerah Jenama Terbaik Tahunan 2020/21 berada di bawah kategori Anugerah Nasional, di mana jenama terulung di setiap negara peserta diiktiraf; unifi adalah satu-satunya pemenang dalam kategori Penyedia Perkhidmatan Jalur Lebar dan Internet dari Malaysia," katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, Anugerah Produk Terbaik PC.com 2020/21 pula merupakan anugerah teknologi utama yang mengiktiraf tawaran teknologi terbaik di seluruh negara yang turut merangkumi pengundian 23,000 pembaca PC.com.

“Kami berbangga kerana diiktiraf di peringkat global dan juga domestik sebagai penyedia perkhidmatan internet terbaik. Tawaran perkhidmatan jalur lebar kami kini boleh diakses secara meluas di kebanyakan kediaman di seluruh Malaysia yang membolehkan pelanggan kami menikmati pengalaman digital secara lancar.

"Dalam pada usaha kami untuk terus memberikan tawaran internet, kandungan dan mudah alih terbaik kami juga akan kekal komited untuk meningkatkan kesalinghubungan untuk lebih ramai rakyat Malaysia, sejajar dengan aspirasi Jalinan Digital Negara (JENDELA). Lagipun, setiap pencapaian kami merupakan kejayaan bagi semua rakyat Malaysia,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Anand berkata, sebagai jenama perintis penyedia perkhidmatan internet di Malaysia, unifi selaku rakan pembangunan Malaysia untuk lebih 20 tahun terus menerajui pendigitalan negara.

Katanya, pengiktirafan yang baru diterima ini sememangnya meningkatkan motivasi unifi untuk terus menjadi pilihan orang ramai bagi penyelesaian kesalinghubungan untuk kediaman dan perniagaan selain memberikan perkhidmatan internet dan mudah alih yang pantas serta boleh dipercayai untuk pengguna dan perniagaan masa kini dan masa akan datang.