X

Kindly register in order to view this article
!

Empat minggu untuk kurangkan kes, kata KP Kesihatan

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Sekurang-kurangnya empat minggu diperlukan bagi mengurangkan bilangan jangkitan Covid-19 di negara ini kepada bawah 1,000 kes baharu sehari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tempoh dua minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak memadai untuk mengurangkan jangkitan tersebut.

"Pada hemat saya, dalam tempoh dua minggu kita tidak boleh mengurangkan namun boleh mengelakkan kes semakin bertambah," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di sini pada Rabu.

Beliau berkata, berdasarkan unjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), lengkungan dapat dilandaikan pada Mei depan.

5
5

"Selepas PKP, kita laksanakan PKP Bersyarat (PKPB) dan dalam Mei atau Jun, kita dapat melandaikan lengkungan jangkitan tersebut dengan kes dapat dikurangkan lagi sehingga 500 kes setiap hari," katanya.

Beliau berkata, dengan pelaksanaan PKP bermula Rabu, negara berada dalam landasan yang betul.

"Masih terlalu awal untuk kita lihat untuk mendapatkan unjuran pada bulan April tetapi apa pun kita telah berada pada landasan yang betul," katanya

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham menggesa semua pihak supaya berganding bahu bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memutuskan rantaian Covid-19.

4
4

"Kami berharap agar semua pihak patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dan kalau boleh semua rakyat Malaysia duduk di rumah.

"Kalau terpaksa keluar rumah, pastikan patuhi SOP," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai varian mutasi protein spike, UK B.1.1.7 yang dikesan di United Kingdom (UK) dan disahkan terdapat satu kes di negara ini, Dr Noor Hisham berkata, setakat ini pesakit berkenaan tidak mempunyai kontak rapat.

"Ini kerana pesakit itu baru pulang dari UK dan menjalani kuarantin sebelum disahkan positif Covid-19.

"Pesakit berusia 22 tahun itu telah dibenarkan pulang," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!