Tiga direman susulan penemuan mayat bayi dalam lori sampah

Seorang lelaki berumur 43 tahun dan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan reman selama dua hari oleh Mahkamah Majistret hari ini bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat bayi perempuan dalam lori sampah di sebuah apartment di Presint 18 di sini. - Foto Bernama

A
A
A

PUTRAJAYA - Polis mendapat perintah Mahkamah Majistret di sini untuk menahan tiga individu bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat bayi perempuan dalam lori sampah di sebuah apartment di Presint 18 di sini.

Majistret Ahmad Afiq Hasan memerintahkan seorang lelaki berumur 43 tahun dan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan reman selama dua hari.

Sementara itu, seorang remaja perempuan berumur 17 tahun ditahan reman selama empat hari. Prosiding tahanan reman dilakukan di sebuah pusat bersalin di Presint 8, di sini.

Mereka ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian pada 9.25 pagi semalam, mayat bayi perempuan yang cukup sifat itu masih bertali pusat dianggarkan berusia lingkungan tujuh ke lapan bulan, ditemui pekerja pembersihan Alam Flora yang sedang melakukan tugas pungutan sampah di kawasan perumahan tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan: