X

Kindly register in order to view this article
!

Mangsa lemas ditemukan selepas 24 jam hilang

Mayat mangsa dibawa anggota bomba selepas ditemukan terapung di perairan Pulau Pangkor pada Rabu sebelum diserahkan kepada pihak polis.
A
A

LUMUT - Selepas pencarian lebih 24 jam, mayat seorang lelaki ditemukan dipercayai lemas ketika mandi di pantai Teluk Batik, di sini pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung, Shuib Idris berkata, mangsa, S Sukumaran, 51, ditemukan terapung oleh nelayan sekitar jam 2.40 petang di perairan Pulau Pangkor.

Menurutnya, kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa dilakukan sejak Selasa selepas Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 2.36 pagi.

"Seramai 21 anggota dari BBP Seri Manjung dengan bantuan BBP Pangkor dan beberapa agensi lain membantu dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa sejak semalam (Selasa).

"Kita teruskan operasi pagi tadi (Rabu) dan akhirnya mangsa berjaya ditemukan. Mangsa kemudian telah dibawa ke Pusat Kawalan Bomba di pantai Teluk Batik oleh bot bomba," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Pada Selasa, lelaki tersebut dipercayai mandi di pantai berkenaan berseorangan berdasarkan maklumat saksi yang melihat mangsa sebelum hilang dikhuatiri lemas.

Dalam pada itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa turut mendapat bantuan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Pangkor.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!