Peniaga ketam tumbuk muka penguat kuasa MBPP direman dua hari

Dua peniaga ketam direman dua hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan dengan anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).Gambar hiasan (Gambar kecil: Razlam)
Dua peniaga ketam direman dua hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan dengan anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).Gambar hiasan (Gambar kecil: Razlam)
A
A
A

GEORGE TOWN - Dua peniaga ketam direman dua hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan dengan anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Perintah reman itu diperolehi selepas kedua-duanya dibawa ke Mahkamah George Town di sini pada pagi Jumaat.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid ketika dihubungi pada Jumaat.

"Mereka dibenarkan ditahan reman dua hari, bermula hari ini sehingga esok (Sabtu)," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya.

Dalam kejadian pagi Khamis, dua peniaga berusia lingkungan 30-an itu ditahan selepas mereka hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) untuk membuat laporan berhubung kejadian tersebut.

Dalam kejadian 9.20 pagi itu, peniaga berkenaan didakwa bertindak kasar terhadap penguat kuasa MBPP yang membuat pemeriksaan lesen berniaga di Pasar Awam Jelutong.

Difahamkan, ketika pemeriksaan dijalankan, penguatkuasa MBPP mendapati peniaga tersebut tidak mempunyai lesen.

Artikel Berkaitan:

Peniaga tersebut telah diberi amaran sebelum ini kerana kesalahan tersebut.

Ketika pemeriksaan itu, didakwa berlaku pertengkaran mulut dan provokasi sebelum peniaga berkenaan bertindak agresif dengan menumbuk penguat kuasa di bahagian muka.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!