X

Kindly register in order to view this article
!

Remaja dikhuatiri lemas mandi di parit

Anggota bomba melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat seorang remaja yang dikhuatiri lemas dalam parit di Jalan Taman Manis 6, Parit Raja, Batu Pahat pada Rabu.
A
A

BATU PAHAT - Kegembiraan dua beradik mandi di sebuah parit bersama-sama lima rakannya berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka dikhuatiri lemas di Jalan Taman Manis 6, Parit Raja di sini pada Selasa.

Dalam kejadian pada jam 5.17 petang, Mohd Naqiuddin Adnan, 16, lemas selepas menyelamatkan adiknya yang terjatuh dalam parit dan berjaya membawanya ke tebing parit.

Namun Mohd Naqiuddin yang kembali semula mandi bersama-sama rakannya kemudian lemas.

Seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam dengan satu jentera Fire Rescue Team (FRT) dan satu Utiliti Pajero dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasinya, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Shamin Mohamed Salikin berkata, pihaknya mendapati mangsa lemas dalam parit yang berkedalaman 3 meter dan lebar 10 meter.

Anggota bomba melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat seorang remaja yang dikhuatiri lemas dalam parit di Jalan Taman Manis 6, Parit Raja, Batu Pahat pada Rabu.
Anggota bomba melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat seorang remaja yang dikhuatiri lemas dalam parit di Jalan Taman Manis 6, Parit Raja, Batu Pahat pada Rabu.

"Pihak bomba membuat tindakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan menggunakan teknik 'surface searching' dari lokasi mangsa lemas ke arah arus air yang bertentangan iaitu arah gate air.

"Operasi dilakukan pada jarak lebih kurang 1 kilometer. Operasi disambung semula hari ini (Rabu) pada jam 7 pagi dan masih diteruskan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Rabu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!