Benarkah ‘darurat politik'?

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa memberi perkenan Pengisytiharan Darurat seluruh negara dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak Covid-19 di Malaysia.
 - Foto Bernama
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa memberi perkenan Pengisytiharan Darurat seluruh negara dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak Covid-19 di Malaysia.
 - Foto Bernama
A
A
A

RAKYAT tertanya-tanya juga apakah perisytiharan darurat langkah yang terbaik pada masa ini?

Hendak bunuh nyamuk jangan sampai kelambu habis dibakar.

Ada yang bertanya apakah itu satu tamparan pada sistem demokrasi kita?

Kalau ikut kenyataan rasmi memang tujuannya hendak bendung penularan wabak Covid-19. Tapi banyak yang mengesyaki niat sebenar perisytiharan itu.

Darurat kali ini tak sama macam darurat ekoran Peristiwa 13 Mei 1969. Pada masa itu, ada perintah berkurung. Tapi kali ini, semua berjalan macam biasa, cuma ikut SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saja.

Memang banyak yang cara sinis kata darurat kali ini “darurat politk.” Mungkin nak stabilkan keadaan politik. Maklumlah banyak sangat cabaran pada kedudukan Tan Sri Perdana Menteri.

Seorang demi seorang ahli Parlimen secara terbuka kata mereka tarik sokongan pada kerajaan. Masa darurat tak ada sidang Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Tak adalah undi tak percaya pada sesiapa atau nak tumbangkan mana-mana kerajaan negeri.

Artikel Berkaitan:

Awang tak pandai politik, tapi Awang tabik pada kebijakan politik Tan Sri Perdana Menteri. Kalau dalam istilah permainan chess, check-mate bagi lawannya.