X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

Tindakan tegas jika ganggu urusan kerajaan tangani Covid, ekonomi: PM

Muhyiddin ketika perutusan khas darurat yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan hari ini. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran tindakan keras akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mengganggu gugat usaha kerajaan menguruskan pandemik Covid-19 dan ekonomi negara.

Jelas beliau, tindakan tegas akan diambil bagi melindungi kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara.

"Saya memberi amaran keras, sesiapa yang cuba mengganggu-gugat usaha kerajaan untuk mengurus pandemik Covid-19 dan ekonomi negara akan diambil tindakan tegas demi kesejahteraan rakyat serta keselamatan negara,” katanya sempena Pengumuman Khas Darurat pada Selasa.

Terdahulu beliau berkata, pengisytiharan darurat di seluruh negara bukanlah satu rampasan kuasa tentera.

Menurut beliau, kerajaan dan orang awam akan terus berfungsi seperti biasa.

“Kerajaan memerlukan kuasa tertentu melalui pengisytiharan darurat yang dapat membantu langkah membendung penularan Covid-19 dengan lebih berkesan,” katanya.

Hari ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19.

Seri Paduka Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini sehingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong perkenan isytihar darurat sehingga 1 Ogos

Perisytiharan darurat tidak boleh dicabar

Tiada pilihan raya berlangsung sepanjang tempoh darurat

Proklamasi darurat bukan rampasan kuasa tentera


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!