KKM sambut baik pelaksanaan PKP, PKPB, PKPP

Gambar hiasan - Foto fail Bernama
Gambar hiasan - Foto fail Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyambut baik pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai Rabu ini seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tindakan itu selaras dengan langkah proaktif kerajaan dalam memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 di negara ini.

"Diharapkan segala usaha yang dijalankan oleh semua pihak akan dapat menjadi 'circuit breaker' dan memutuskan rantaian jangkitan serta penularan Covid-19 di dalam negara kita ini," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: PKP dilaksanakan di enam negeri mulai 13 Januari

Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan pelaksanaan PKP di enam buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

PKPB pula dilaksanakan di enam buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah Terengganu dan Kelantan, manakala PKPP akan dilaksanakan di Perlis dan Sarawak.

Pelaksanaan selama 14 hari itu bermula Rabu ini sehingga 26 Januari depan.

Artikel Berkaitan: