X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan mungkin pertimbang perintah darurat untuk kendalikan Covid-19

Muhyiddin
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Perintah darurat mungkin akan segera digunakan untuk mengendalikan lonjakan kes Covid-19 yang membimbangkan.

Memetik laporan The Star, banyak sumber di Putrajaya mengatakan bahawa krisis Covid-19 dan keperluan untuk mengisytiharkan darurat telah dibincangkan dalam mesyuarat khas Kabinet jam 11 pagi pada hari Isnin (11 Januari 2020).

Begitupun tiada perincian mengenai apa yang diputuskan oleh Kabinet namun Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan bakal menghadap Yang Di Pertuan Agong pada Isnin petang.

Perdana Menteri diharapkan dapat memaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengenai apa yang diputuskan dalam mesyuarat Kabinet.

Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga dijangka turut diadakan pada sebelah petang dengan tanda-tanda menunjukkan langkah drastik yang bakal diambil dalam mengekang penyebaran wabak tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Proklamasi darurat solusi terbaik akhiri drama politik?

Ia akan menjadi percubaan kedua kerajaan untuk meminta perintah darurat dalam mengawal wabak tersebut yang menjadi keutamaan perdana menteri.

Perdana Menteri, dijangka akan membuat perutusan khas mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada jam 6 petang ini.

Poster mengenai perutusan itu dimuat naik di laman Facebook rasmi Muhyiddin.

Perutusan itu juga akan disiarkan secara langsung di rangkaian stesen televisyen tempatan, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, TV3 dan Astro Awani dan Facebook Muhyiddin.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Perdana Menteri akan membuat pengumuman khas pada Isnin bagi memaklumkan tindakan-tindakan yang diambil kerajaan mengambil kira situasi semasa penularan jangkitan Covid-19 yang menunjukkan peningkatan sejak kebelakangan ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!