X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 20 Oktober 2021

KPDNHEP beri amaran jangan naik harga barang

Penguat Kuasa KPDNHEP Johor melakukan pemeriksaan di kedai runcit dan premis sekitar Skudai, Johor Bahru pada Ahad bagi memastikan tiada peniaga yang menaikkan harga barang.
A
A

JOHOR BAHRU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor memberi amaran kepada peniaga di negeri ini supaya tidak menaikkan harga barang terutama pada musim banjir ketika ini.

Pengarah KPDNHEP, Mohd Hairul Anuar Bohro berkata, tindakan tegas akan diambil sekiranya mendapati peniaga yang melakukan kesalahan berkaitan harga dan juga bekalan.

"Anggota penguat kuasa KPDNHEP di negeri ini yang melibatkan seramai 200 orang akan sentiasa memantau dan melaksanakan pemeriksaan agar bekalan asas dan harian adalah mencukupi bagi rakyat Johor.

"Kita telah mengambil inisiatif dan tindakan proaktif dengan membuat pemantauan dan pemeriksaan secara berterusan ke atas kedudukan bekalan barang-barang keperluan asas di seluruh Johor," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Katanya, hasil pemantauan dan pemeriksaan yang dijalankan, bekalan barang–barang keperluan adalah mencukupi dan mudah diperoleh.

Sehingga kini juga katanya, bekalan barangan keperluan asas mencukupi di semua peringkat pengilang, pemborong dan peruncit.

Beliau berkata, berdasarkan rekod, sebanyak 367 premis diperiksa KPDNHEP Johor meliputi 267 peruncit, 85 pemborong dan 15 pengilang di seluruh daerah di negeri dari 1 hingga 9 Januari 2021.

Penguat Kuasa KPDNHEP Johor melakukan pemeriksaan di kedai runcit dan premis sekitar Skudai, Johor Bahru pada Ahad bagi memastikan tiada peniaga yang menaikkan harga barang.
Penguat Kuasa KPDNHEP Johor melakukan pemeriksaan di kedai runcit dan premis sekitar Skudai, Johor Bahru pada Ahad bagi memastikan tiada peniaga yang menaikkan harga barang.

KPDNHEP Johor juga mendapati tiada berlaku kenaikan harga ke atas barangan keperluan asas sepanjang pemeriksaan dijalankan, katanya.

"KPDNHEP Johor menasihati orang ramai agar membeli barangan mengikut keperluan sahaja dan tidak membeli barangan berlebihan," ujarnya.

Para pengguna juga dinasihatkan agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan nasihat-nasihat kesihatan yang ditekankan terutama ketika keluar mendapatkan barangan keperluan harian.

Pengguna di Johor boleh menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan salah laku peniaga melalui talian 03–8000 8000 Malaysia Government Call Centre (MYGCC); call centre 1800 886 800 atau Enforcement Command Centre (ECC) 03–8882 6245/6088.

Ini termasuk nombor aduan WhatsApp KPDNHEP iaitu 019–279 4317; emel [email protected]; aplikasi telefon pintar Ez ADU dan lapor atau hadir ke mana–mana Pejabat Cawangan Daerah KPDNHEP di seluruh negeri.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!