X

Kindly register in order to view this article
!

Bomba bantu bawa jenazah ke kubur

Jenazah dibawa dengan bantuan Bomba dan Penyelamat untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Desa Baru Purun hari ini. - Foto Bernama
A
A

KUANTAN - Pasukan Bomba dan Penyelamat pada Sabtu bertindak di luar kebiasaan dalam membantu operasi banjir dengan membawa jenazah seorang warga emas ke Tanah Perkuburan Kampung Desa Baru Purun untuk urusan pengebumian.

Jenazah, Majid Abu Bakar, 84, diuruskan kakitangan Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh selepas anak saudaranya Mohd Nadzri Mat Amin, 39, menghubungi Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) daerah bagi mendapatkan bantuan.

Allahyarham meninggal dunia di rumahnya malam Jumaat kerana sakit tua.

Bomba dan Penyelamat Temerloh dibantu penduduk kampung mengangkat jenazah ke dalam bot untuk dibawa ke di Tanah Perkuburan Kampung Desa Baru Purun hari ini. - Foto Bernama
Bomba dan Penyelamat Temerloh dibantu penduduk kampung mengangkat jenazah ke dalam bot untuk dibawa ke di Tanah Perkuburan Kampung Desa Baru Purun hari ini. - Foto Bernama

Bercakap kepada Bernama, Mohd Nadzri berkata, kampung mereka dinaiki air sejak Isnin lepas dan bimbang bot fiber yang digunakan penduduk untuk menyeberangi banjir terlalu kecil dan tidak seimbang bagi membawa jenazah.

"Semasa sedang menguruskan jenazah, bomba menghubungi saya memaklumkan mereka akan menunggu di lokasi banjir untuk membawa jenazah ke masjid sebelum ke tanah perkuburan," katanya.

Mohd Nadzri berkata, pihak bomba tiba sekitar 12 tengah hari dan urusan pengebumian bapa saudaranya selesai selepas Zohor.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh, Syed Moshen T Ismail berkata, laluan ke tanah perkuburan itu dinaiki air sedalam empat meter sepanjang kira-kira satu kilometer. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!