X

Kindly register in order to view this article
!

Kes Covid-19 meningkat, Jepun umum darurat

Kerajaan Jepun mengisytiharkan darurat selama satu bulan bermula Jumaat di Tokyo dan tiga wilayah sekitarnya berikutan peningkatan kes Covid-19 selepas cadangan pengisytiharannya diluluskan oleh panel penasihat. Foto Reuters
A
A

TOKYO (Reuters) - Kerajaan Jepun mengisytiharkan darurat selama satu bulan bermula Jumaat di Tokyo dan tiga wilayah sekitarnya berikutan peningkatan kes Covid-19 selepas cadangan pengisytiharannya diluluskan oleh panel penasihat.

Menerusi laporan Reuters, Menteri Ekonomi Yasutoshi Nishimura dipetik berkata, cadangan pengisytiharan darurat yang berlangsung dari 8 Januari hingga 7 Februari itu dipersetujui dalam mesyuarat pagi ini (Khamis),

Sekatan itu sebagai langkah untuk memerangi penularan wabak terutama di bar dan restoran yang disebut oleh pemerintah sebagai risiko utama.

Walaupun penularan wabak berkenaan tidak serius berbanding negara lain, Jepun menyaksikan jangkitan harian baru meningkat 6,000 untuk pertama kalinya pada hari Rabu, apabila1,591 ujian didapati positif di ibu negara, Tokyo, menurut media tempatan NHK.

Perdana Menteri, Yoshihide Suga akan mengadakan sidang akhbar pada jam 6 petang Khamis waktu tempatan untuk mengumumkan keputusan rasmi melibatkan Tokyo termasuk wilayah Saitama, Kanagawa dan Chiba.

Pegawai pemerintah telah mengadakan perbincangan dengan para pakar minggu ini untuk menilai langkah-langkah mengendalikan lonjakan penularan dengan mengambil kira faktor ekonomi.

Menurut Nishimura, langkah-langkah yang akan dikenakan dalam tempoh darurat dengan meminta restoran dan bar ditutup pada jam 8 malam termasuk larangan mengadakan acara, mengehadkan acara sukan dan acara besar melebihi 5,000 orang.

Sebelum ini pada April, Jepun pernah mengisytiharkan darurat.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!