Survival UMNO ditentukan malam ini

Teka teki sama ada UMNO akan meneruskan kerjasama dengan PN dijangka terjawab setelah MKT parti itu selesai bermesyuarat malam ini.
Teka teki sama ada UMNO akan meneruskan kerjasama dengan PN dijangka terjawab setelah MKT parti itu selesai bermesyuarat malam ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini sekali lagi akan menjadi saksi untuk UMNO menentukan hala tuju parti itu dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Teka teki sama ada UMNO akan meneruskan kerjasama dengan PN dijangka terjawab setelah Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu selesai bermesyuarat malam ini.

Difahamkan mesyuarat telah bermula sejak jam 8.30 malam dan pekarangan pejabat UMNO itu terus menjadi tumpuan media.

Ahli-ahli MKT UMNO yang tiba sejak jam 7.30 malam bagaimanapun tidak memberi sebarang reaksi berhubung konflik politik yang sedang berlaku.

Selain usul menolak kerjasama bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dibangkitkan lebih 140 bahagian UMNO, pendedahan bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berhubung bukti wujudnya sokongan pemimpin tertinggi UMNO kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan PN membuatkan tumpuan lebih besar terarah kepada UMNO malam ini.

Sementara itu, tokoh wartawan nasional, Datuk A Kadir Jasin dalam hantaran di Facebooknya menyenaraikan beberapa jawapan perlu dilengkapkan UMNO dalam berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)

Beliau berkata, antara jawapan yang pastinya dinanti-nantikan sama ada oleh ahli UMNO, bukan ahli UMNO, rakan UMNO dan musuh UMNO adalah:

"Keluar kerajaan PN atau tidak.

Artikel Berkaitan:

“Bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), termasuk DAP, atau dengan Pas melalui Muafakat Nasional (MN)?

Selain itu katanya, adakah UMNO akan menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri atau tidak.

“Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengaku sokong Anwar dan utus surat sokongan kepada Yang di-Pertuan Agong atau tidak.

“Rundingan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Anwar bagi pihak parti atau untuk mengelak daripada masuk penjara,” katanya.