Jabatan Perikanan alu-alukan laporan salah laku kakitangan

Sebahagian tangguk tangan yang digunakan bagi aktiviti mencuri anak kerang di perairan Sabak Bernam disita dalam serbuan pada Jumaat.
Sebahagian tangguk tangan yang digunakan bagi aktiviti mencuri anak kerang di perairan Sabak Bernam disita dalam serbuan pada Jumaat.
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Perikanan Malaysia mengalu-alukan sebarang laporan berkaitan salah laku kakitangannya yang menyalahi undang-undang atau tidak mempunyai integriti.

Jabatan Perikanan Malaysia dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan, sebarang bukti boleh diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau polis untuk tindakan lanjut.

“Jabatan ini akan memberi sokongan penuh terhadap siasatan yang dijalankan,” kata kenyataan tersebut.

Kenyataan turut menyebut bahawa aktiviti pengambilan benih kerang di kawasan tapak benih semula jadi oleh penternak, nelayan termasuk penggunaan bot berenjin rotor adalah tidak dibenarkan.

“Jabatan akan sentiasa melakukan rondaan serta pemantauan di laut dan darat bagi mengekang kes kecurian benih kerang,” katanya.

Menurut kenyataan itu juga, tindakan penguatkuasaan bersama agensi lain akan diteruskan sama ada di laut atau di darat.

“Jabatan menyambut baik cadangan-cadangan yang disampaikan,” katanya.

Sebelum ini, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menyerahkan memorandum berhubung kecurian benih kerang di Pantai Redang, Sekinchan.

Artikel Berkaitan:

Jamal mendakwa, tiada tindakan diambil oleh jabatan itu terhadap aktiviti kecurian benih kerang yang berlaku sejak tiga minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jamal bakar kerang lagi, kali ini depan Ibu Pejabat Jabatan Perikanan pula