Spurs kembali sambar tiga mata

Heung-min (kiri) meraikan jaringannya bersama Alderweireld di Stadium Tottenham Hotspur sebentar tadi.
Heung-min (kiri) meraikan jaringannya bersama Alderweireld di Stadium Tottenham Hotspur sebentar tadi.
A
A
A

Tottenham Hotspur kembali berada di landasan kemenangan selepas menewaskan Leeds United 3-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Tottenham Hotspur sebentar tadi.

Harry Kane terlebih dulu menceriakan kem Spurs apabila meledak gol pembukaan menerusi sepakan penalti pada minit ke-29.

Son Heung-min terus meletakkan Spurs selesa di depan apabila menyumbat gol kedua tuan rumah tiga minit sebelum aksi babak pertama berakhir.

Toby Alderweireld mengesahkan kemenangan bergaya skuad kendalian Jose Mourinho itu dengan gol ketiga pada minit ke-50.

Sebelum pertemuan menentang Leeds, Spurs gagal meraih kemenangan dalam empat aksi terakhir sehingga menyebabkan mereka tergelincir dari kedudukan tangga kedua.

Kali terakhir anak-anak buah Mourinho itu mencipta kemenangan adalah ketika menewaskan Arsenal 2-0 di gelanggang sendiri pada 7 Disember tahun lalu.

Hasil kejayaan menumpaskan Leeds, Spurs kini melonjak ke tangga ketiga apabila mengumpul 29 mata hasil lapan kemenangan, lima seri dan tiga kekalahan.

Artikel Berkaitan: