Lelaki cedera terkandas di air terjun Seri Perigi

Air terjun Seri Perigi di Yan iaitu lokasi seorang lelaki terkandas di atas bukit pada ketinggian 100 meter dari aras laut pada Sabtu.
Air terjun Seri Perigi di Yan iaitu lokasi seorang lelaki terkandas di atas bukit pada ketinggian 100 meter dari aras laut pada Sabtu.
A
A
A

YAN - Seorang lelaki berusia 24 tahun yang mengalami kecederaan terkandas di atas bukit kawasan air terjun Seri Perigi di sini pada pagi Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.30 pagi.

Beliau berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian kira-kira tujuh minit kemudian.

Anggota bomba memasang pelekat untuk menghalang orang awam menggunakan laluan menuju ke atas bukit berkenaan.
Anggota bomba memasang pelekat untuk menghalang orang awam menggunakan laluan menuju ke atas bukit berkenaan.

"Ketika tiba di kawasan berkenaan, kita dapati kawasan air terjun itu agak curam, berbatu dan licin, manakala mangsa ketika itu berada pada ketinggian 100 meter dari aras laut.

"Anggota bomba kemudian bertindak memberikan rawatan awal kepada lelaki itu yang cedera di bahagian kaki dan pinggang. Lelaki itu dibawa turun menggunakan pengusung ke kaki bukit," katanya menerusi suatu kenyataan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, mangsa selamat tiba di kaki bukit pada jam 11.45 pagi sebelum pihak bomba menyerahkannya kepada anggota kesihatan untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: