X

Kindly register in order to view this article
!

PDRM tolak permohonan sambutan tahun baru di KL

Abdul Hamid
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak tiga permohonan bagi mengadakan sambutan tahun baru di ibu negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, perkara itu telah diambil maklum oleh Ketua Polis Kuala Lumpur dan keputusan menolak permohonan tersebut adalah berhubung kait dengan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

"Sekiranya permohonan ini diluluskan, kita bimbang akan menyebabkan kehadiran orang dalam kapasiti yang ramai hingga tempat tersebut menjadi padat.

"Saya tekankan sebarang perhimpunan khususnya di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah salah," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, dalam pada itu PDRM akan membuat rondaan pada malam ini bagi memastikan tiada sebarang perhimpunan sambutan tahun baru di mana-mana tempat.

"Sekiranya kita kesan masih ada yang ingkar untuk berkumpul, kita akan ambil tindakan kompaun. Diingatkan, kita tidak benarkan (perhimpunan sambutan tahun baharu) sama sekali," tegas beliau.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!