X

Kindly register in order to view this article
!

LHDN tiada akaun TikTok

A
A

PUTRAJAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan mempunyai akaun TikTok seperti yang tular menerusi media sosial sejak beberapa hari lepas.

LHDN dalam kenyataannya berkata, institusi itu hanya mempunyai akaun rasmi media sosial di portal rasmi iaitu www.hasil.gov.my; Facebook (facebook.com/LHDNM); Twitter (@LHDNMofficial), Instagram LHDNM dan Youtube (LhdnTube).

Menurut kenyataan itu, bagi mengelakkan identitinya terus disalah guna, LHDN telah membuat laporan polis dan ini akan disusuli dengan laporan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam masa terdekat.

"LHDN menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan bertanggungjawab dalam setiap penyiaran (posting) di media sosial," demikian menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan perkara ini boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line dengan menelefon 03-89111000 atau 603-89111100 (luar negara), Hasil Live Chat atau borang maklum balas dalam portal rasmi LHDN menerusi pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!