AS pertimbang tarik balik sekatan ke atas pemimpin tentera Venezuela

Juan Guaido mengisytiharkan dirinya sebagai presiden sementara Venezuela.
Juan Guaido mengisytiharkan dirinya sebagai presiden sementara Venezuela.
A
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Amerika Syarikat (AS) mempertimbangkan untuk menarik balik sekatan terhadap ketua tentera Venezuela yang menyokong pemimpin pembangkang Juan Guaido.

Perkara itu diumumkan Penasihat Keselamatan Negara AS John Bolton semalam.

“Jika tidak, sekatan kewangan antarabangsa akan ditutup sepenuhnya. Jadi buat pilihan yang betul!” tegasnya dalam usaha memberi tekanan ke atas tentera Venezuela agar berpaling tadah terhadap Presiden Nicolas Maduro.

Krisis di Venezuela kian meruncing apabila Presiden Donald Trump pada 23 Jan lalu mengiktiraf Guaido sebagai presiden negara, sebaik Maduro secara rasmi diumumkan sekali lagi menjadi presiden negara Amerika Latin itu.

Maduro dalam kenyataan balasnya mengumumkan memutuskan hubungan diplomatik dan politik dengan AS, selain mengarahkan semua diplomat dan konsulat AS meninggalkan Venezuela dalam tempoh 72 jam.

Maduro turut menuduh Washington merancang menjalankan “operasi untuk mengadakan rampasan kuasa, dan menjadikan Venezuela kerajaan boneka.”

Selama bertahun lamanya AS telah memberikan tekanan diplomatik dan sekatan ekonomi terhadap Venezuela.

Sebelum pelantikan Maduro pada 10 Januari, Jabatan Perbendaharaan AS mengenakan sekatan terhadap tujuh individu dan 23 entiti kerana dituduh terlibat dalam rasuah. - Agensi

Artikel Berkaitan: