KPN terima anugerah Bintang Bhayangkara Utama

Abdul Hamid dan Hermono hadir pada majlis Penganugerahan Pingat Kehormatan Bintang Bhayangkara Utama yang diadakan secara maya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Rabu.

 - Foto Bernama
Abdul Hamid dan Hermono hadir pada majlis Penganugerahan Pingat Kehormatan Bintang Bhayangkara Utama yang diadakan secara maya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Rabu.

 - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pada Rabu menerima anugerah Bintang Bhayangkara Utama daripada Presiden Indonesia, Jokowi Widodo.

Penganugerahan itu sebagai tanda penghormatan di atas kerjasama yang terjalin di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polisi Republik Indonesia (POLRI).

Anugerah disampaikan oleh Duta Indonesia di Malaysia, Hermono dalam satu majlis tertutup di ibu pejabat Polis Bukit Aman, dan majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Bercakap selepas majlis itu, Abdul Hamid berkata, anugerah itu merupakan satu penghormatan di atas hubungan baik yang terbina di antara kedua-dua agensi keselamatan berkenaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"...dan kemuncak kerjasama ini apabila satu tindakan bantuan diberikan kepada POLRI oleh PDRM dalam (menyelesaikan) satu kes yang melibatkan orang buruan pemerintah Indonesia.

"Saya amat bersyukur dengan penganugerahan ini, dan dengan rendah diri ingin kongsikannya bersama dengan 130,000 warga PDRM yang lain,” katanya.

Abdul Hamid juga menganggap anugerah itu sebagai pengiktirafan kepada setiap warga PDRM yang telah bersama-sama menabur bakti dan kerjasama membantu pihak POLRI dalam menegakkan undang-undang dengan membanteras jenayah.

“Saya juga ingin menyampaikan penghargaan kepada pegawai-pegawai POLRI yang rata-ratanya telah bersara di atas sumbangan yang ditaburkan dan kerjasama yang erat di antara PDRM dan POLRI.

Artikel Berkaitan:

"Begitu juga dengan Kepala Kepolisian Negara Republik Indonesia (KAPOLRI) (Ketua Polis Negara Indonesia) Jen Polisi Idham Azis yang sering berkomunikasi dalam berkongsi maklumat dan akrab, yang saling percaya, jujur ikhlas. Semuanya adalah demi kebaikan kedua-dua negara," katanya. - Bernama