Hentikan penyebaran grafik palsu: KKM

Grafik ‘Hotspot Area KL, Please avoid!!! yang tular di WhatsApp pada Rabu.
Grafik ‘Hotspot Area KL, Please avoid!!! yang tular di WhatsApp pada Rabu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang ramai menghentikan penyebaran grafik berhubung kawasan panas Covid-19 di Kuala Lumpur.

Facebook kementerian itu memaklumkan, grafik yang sedang tular di aplikasi WhatsApp itu palsu.

"Ia tidak tepat dan mengelirukan. Untuk makluman, jumlah yang dilaporkan sebenarnya meliputi radius satu kilometer daripada kawasan tersebut bagi tempoh 14 hari," katanya.

KKM berkata, orang ramai digalakkan menggunakan 'hotspot tracker' melalui aplikasi Mysejahtera untuk merancang perjalanan.

"Sentiasa patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan," katanya.

Terdahulu, satu grafik ‘Hotspot Area KL, Please avoid!!! tular di WhatsApp pada Rabu.

Tular di aplikasi Whatsapp berkenaan dengan satu grafik ‘Hotspot Area KL, Please avoid!!!’ Grafik yang sedang tular ini...

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday, December 29, 2020

Artikel Berkaitan: