X

Kindly register in order to view this article
!

11 terbunuh akibat periuk api Boko Haram

Gambar fail menunjukkan tentera Nigeria yang berdepan dengan ancaman kumpulan Boko Haram mengawal sebuah kawasan di negara itu. - Foto AFP
A
A

KANO - Seramai 11 orang terbunuh termasuk empat tentera selepas periuk api yang ditanam oleh kumpulan Boko Haram di timur laut Nigeria meletup, kata satu sumber keselamatan pada Selasa.

Antara yang terbunuh ialah tujuh pemburu yang diambil bekerja untuk membantu pihak tentera memerangi para pemberontak. Dilaporkan kenderaan dinaiki mangsa melanggar periuk api di kampung Kayamla di luar ibu negeri Borno, Maiduguri.

"Tujuh pemburu terbunuh dalam letupan dan sembilan lagi cedera," kata ketua militia tempatan, Babakura Kolo kepada AFP.

"Kenderaan mereka melanggar periuk api ketika memburu Boko Haram," tambahnya.

Pada Isnin lalu, empat tentera Nigeria maut selepas kenderaan mereka melanggar periuk api yang ditanam oleh kumpulan Boko Haram di kampung Logomani dekat dengan sempadan Cameroon, kata dua sumber keselamatan kepada AFP.

Terdapat peningkatan serangan di timur laut Nigeria sejak permulaan bulan ini.

Pada minggu lalu, 40 orang pembalak diculik dan tiga daripadanya terbunuh di sempadan Cameroon.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Boko Haram telah membunuh 36,000 orang di timur laut Nigeria dan menyebabkan dua juta penduduk melarikan diri sejak tahun 2009. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!