X

Kindly register in order to view this article
!

Skim FBV tidak mendapat kelulusan SKM

Suruhanjaya Koperasi Malaysia
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mendapat aduan daripada orang awam bahawa syarikat Koperasi Samudra Malaysia Berhad telah menjalankan aktiviti pengumpulan deposit dengan menawarkan pulangan yang tinggi setiap bulan.

SKM dalam satu kenyataan memaklumkan, syarikat berkenaan telah melakukan aktiviti pengumpulan deposit itu melalui skim ‘Fellowship Business Venture (FBV)’.

Menurut kenyataan itu, skim tersebut turut menawarkan pinjaman kepada anggota koperasi di bawahnya untuk menjalankan aktiviti perniagaan.

“Berdasarkan semakan, pihak kami mendapati bahawa skim ini tidak mendapat kelulusan daripada SKM di bawah Seksyen 50E dan 52A Akta Koperasi 1993 di mana koperasi tidak dibenarkan mengambil deposit dan mengeluarkan pinjaman tanpa kebenaran Suruhanjaya.

“Koperasi juga dilarang sama sekali membayar dividen, keuntungan ataupun pulangan secara bulanan,” menurut kenyataan itu pada Selasa.

Sehubungan itu, SKM menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan perkhidmatan atau promosi yang ditawarkan.

"Jika terdapat kemusykilan, sila hubungi talian rasmi Suruhanjaya iaitu 03-2083 4000 atau emel kepada [email protected]," kata kenyataan tersebut.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!