Kanak-kanak 4 tahun hilang selepas jatuh longkang

Seorang kanak-kanak perempuan etnik Rohingya dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang. (Gambar hiasan) - Foto 123RF
Seorang kanak-kanak perempuan etnik Rohingya dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang. (Gambar hiasan) - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan etnik Rohingya berusia empat tahun dikhuatiri lemas apabila hilang selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Kampung Ampang Campuran di sini petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, operasi mengesan kanak-kanak itu sejak petang tadi, turut bertumpu di kawasan perangkap sampah yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

Beliau berkata, operasi bagaimanapun terpaksa dihentikan pada jam 8.10 malam tadi disebabkan persekitaran kawasan yang gelap dan arus deras.

“Kanak-kanak itu dipercayai terjatuh kedalam longkang di sekitar rumahnya di Lorong Ikan Jelawat 8 ketika bermain, sebelum dihanyutkan ke longkang besar dengan lebar kira-kira 10 meter dan kedalaman air kira-kira satu meter,” katanya kepada Bernama hari ini..

Norazam berkata usaha mencari akan bersambung pagi esok.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kesemasan pada jam 5.50 petang tadi daripada keluarga mangsa sebelum menggerakkan dua jentera bersama tujuh anggota ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi 10 minit kemudian. - Bernama

Artikel Berkaitan: