X

Kindly register in order to view this article
!

Polis Johor terima 15 laporan kes daging sejuk beku

Ayob Khan Mydin Pitchay
A
A

JOHOR BAHRU - Sebanyak 15 laporan polis dibuat setakat Sabtu, berhubung kes daging sejuk beku dan pemalsuan dokumen yang dipercayai dilakukan sebuah gudang kartel di Senai di sini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, daripada jumlah itu, 13 laporan dibuat oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkaitan laporan pemeriksaan, sitaan dan rampasan.

"Satu laporan pula dibuat oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tindakan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam.

"Selain itu, satu lagi laporan turut dibuat oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Kulai bertujuan mendesak agensi berkuasa mengambil tindakan terhadap pembekal daging berkaitan," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Ahad.

Sebelum ini, Ayob Khan menegaskan pihaknya menyediakan bantuan keanggotaan bagi membantu penugasan di gudang kartel sejuk beku di Senai yang bertujuan sebagai bantuan keselamatan terhadap penguatkuasa yang menjalankan siasatan di lokasi terbabit.

Beliau berkata, bantuan itu penting bagi memastikan keselamatan di kilang selain mahu memastikan barang kes tidak diganggu atau dilarikan.

ARTIKEL BERKAITAN: SPRM Johor sudah buka kertas siasatan

Isu kartel daging haram: Buru, tangkap anggota agensi terlibat


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!