Kerajaan digesa tubuh RCI siasat isu kartel daging

Antara laporan Sinar Harian berkaitan kartel daging haram.
Antara laporan Sinar Harian berkaitan kartel daging haram.
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat isu kartel daging secara menyeluruh hingga ke akar umbi.

Presidennya, Leftenan Kolonel (B) Che Hassan Che Johan memohon Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat segera untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kesungguhan kerajaan melindungi kesucian agama Islam di Malaysia.

Che Hassan
Che Hassan

Beliau menegaskan bahawa isu penggunaan logo halal secara haram oleh peniaga tamak yang bersubahat dengan pihak penguat kuasa merupakan perkara serius dan tidak boleh dianggap remeh.

Che Hassan juga mempersoalkan kewibawaan hub halal yang pernah diperjuangkan seolah-olah sudah 'mati' kerana dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

ARTIKEL BERKAITAN Kartel tukar daging haram jadi halal

Kartel daging haram: MCW serah memorandum

Daging import haram dijual secara online

“Adakah maruah bangsa dan agama kita bogelkan semata-mata kerana ketamakan peniaga dan pihak yang tidak bertanggungjawab?

“PPMM mendesak kerajaan menahan pengkhianat negara dan agama ini untuk dihukum selayaknya,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Sinar Harian pada awal bulan ini mendedahkan kegiatan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari luar negara sebelum membungkus semula dengan label serta cap palsu dan menjualnya dalam pasaran negara ini.

Artikel Berkaitan:

Perkara itu dibongkarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) yang mengenal pasti tiga jenama popular produk daging sejuk beku keluaran Australia yang diproses di sebuah kilang sejuk beku.

ARTIKEL BERKAITAN PPIM bongkar aktiviti seludup daging lembu tak halal