'Takiyuddin tegur Puad Zarkashi'

Tangkap layar Twitter Takiyuddin pada Jumaat.
Tangkap layar Twitter Takiyuddin pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menegur Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi agar mempertahankan penyatuan dan perpaduan dalam masyarakat dan negara.

Menurutnya, legasi paling murni bagi seorang pemimpin sejati adalah merangka dan mempertahankan penyatuan dan perpaduan dalam masyarakat dan negaranya.

"Perpaduan perlu diasas atas kejujuran, jika tidak ia adalah tidak lebih baik daripada satu konspirasi," ciapnya di laman Twitter pada Jumaat.

Kenyataan itu dibuat susulan Mohd Puad mendesak ahli Parlimen UMNO agar menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Faktor menjadi penyebab desakan itu dibuat Mohd Puad kerana beliau tidak puas hati dengan isu pengeluaran akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium pinjaman bank.

Dalam kenyataan ringkas di laman Facebook pada Khamis, Mohd Puad mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) belum menunaikan janji mengenai penangguhan pinjaman dan pengeluaran KWSP yang dibuat semasa perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat bulan lalu.

Artikel Berkaitan: