Ku Li dedah sebab tidak hadir undian Belanjawan 2021
KAJANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mendedahkan sebab beliau tidak hadir dalam sesi undian Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat baru-baru ini.
“Jawapan saya, senang. Kerana kerajaan itu mengemukakan belanjawan, dan kerajaan itu tiada keabsahan.
“Maka bagi saya tak ada erti saya hadir undi belanjawan yang tidak sah, yang dikemukakan oleh kerajaan yang tidak sah.
“Dari segi Perlembagaan, itulah dia,” katanya pada program bual bicara 'Minda Profesor Negara Mengenai Masa Depan Malaysia: Ke Mana Kita' di Pejabat Sekretariat Majlis Profesor Negara (MPN) di sini pada Khamis.
Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu berkata demikian bagi menjawab mempersoalkan mengapa beliau tidak hadir dalam undian Belanjawan 2021 sehingga undian terakhir pada bacaan ketiga.
Dewan Rakyat pada 15 Disember lalu meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 selepas bacaan ketiga.
Ia dijalankan melalui undi belah bahagi selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang menyaksikan 111 ahli Parlimen menyokong, dan 108 menentang, dengan seorang lagi tidak hadir.
ARTIKEL BERKAITAN: Belanjawan 2021 lulus di Dewan Rakyat
Dewan Negara lulus Belanjawan 2021
Belanjawan 2021 lulus, PN lepasi ujian getir
Berjaya nafi ada rancangan buka kasino di Forest City
Dana rakyat Malaysia bantu bekal air bersih kepada penduduk Afghanistan
Gelombang haba bawa derita baharu dan risiko penyakit ke Rafah
LIMA ‘25 pada 20-24 Mei 2025, ketengah kepentingan pemain industri
Peniaga maut dibunuh sekumpulan lelaki berparang
Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Akaun 3 KWSP untuk kecemasan, bukan beli telefon bimbit, sport rim mewah
Isu anak MB Perlis: 'Mohd Razlan tidak perlu terkejut'