AG tarik balik rayuan penggantungan sementara diperoleh Hamid Sultan

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Peguam Negara (AG), Tan Sri Idrus Harun pada Rabu menarik balik rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggantungan sementara prosiding inkuiri Jawatankuasa Etika Hakim (JEC) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer yang dijadualkan berlangsung pada 25 November lepas.

Peguam Kanan Persekutuan, Mohd Sabri Othman memaklumkan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) yang mewakili perayu (Idrus) menarik balik rayuannya yang difailkan pada 23 November terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 November lepas.

"Kami dimaklumkan yang pihak responden (Hamid Sultan) tiada bantahan terhadap permohonan ini dan tiada isu berkaitan kos," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, notis pemberhentian rayuan itu tidak difailkan kerana peguam Hamid Sultan tidak bersetuju berdasarkan 'fakta dan hal keadaan kes ini'. - Bernama

Artikel Berkaitan: