Syahrian bakal sarung jersi Harimau Selatan

Syahrian Abimanyu
Syahrian Abimanyu
A
A
A

SEHARI selepas Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) mengumumkan Danial Amier Norhisham sebagai pemain baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), skuad Harimau Selatan itu mengumumkan seorang lagi pemain baharu.

Menerusi satu kenyataan dimuat naik dalam Facebook Johor Southern Tigers, mereka melamar pemain dari Indonesia, Syahrian Abimanyu, untuk menjadi keluarga pasukan tersebut yang pernah menjadi juara tujuh kali Liga Super.

"Kelab Bolasepak JDT telah menandatangani (kontrak dengan) bekas pelatih Levante berusia 21 tahun, Syahrian Abimanyu dari Indonesia.

"Ini sebagai sebahagian daripada pelan jangka panjang kelab," jelas kenyataan ringkas tersebut yang dimuat naik hari ini.

Pada Selasa, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan Danial Amier Norhisham, 23, sebelum ini bermain untuk Felda United yang sudah menandatangani kontrak selama dua tahun.

Pada masa sama Tunku Ismail juga mengumumkan akan mengambil empat lagi pemain baharu bagi memperkuatkan skuad Harimau Selatan untuk menghadapi saingan musim hadapan.

Artikel Berkaitan: