Satu kematian terbaru akibat rabies di Sarawak

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Satu lagi kes kematian akibat jangkitan rabies direkodkan di Sarawak yang menjadikan jumlah keseluruhan kes penyakit itu di kalangan manusia meningkat kepada sembilan orang tahun ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Menurutnya kes terbaru ini melibatkan seorang wanita berumur 53 tahun dari Daerah Selangau dekat Sibu yang telah dimasukkan ke Hospital Sibu pada 8 Disember lepas dengan gejala sesak nafas dan batuk, dan pesakit itu turut mengadu sakit tekak, demam serta lemah badan selama tiga hari sebelum dimasukkan ke wad.

“Beliau telah meninggal dunia dengan diagnosa rabies meningoencephalitis yang disahkan melalui ujian makmal positif rabies oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) pada 17 Disember,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa terbaru ini pernah digigit oleh anjing peliharaannya di bahagian jari dalam bulan Oktober tahun ini namun tidak pergi untuk mendapatkan rawatan segera di mana-mana kemudahan kesihatan terdekat.

“Anjing tersebut juga telah mati tanpa diketahui sebab kematiannya beberapa hari selepas menggigit tuannya kerana kejadian itu tidak dilaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Mangsa juga ada membela beberapa ekor anjing dan kucing yang kesemuanya tidak diberikan suntikan vaksin anti-rabies,” katanya.

Pertambahan kes ini juga telah menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak wabak rabies diisytiharkan di Sarawak 31 Julai 2017 meningkat kepada 31 dengan 29 kematian. - Bernama

Kenyataan Akhbar KPK 22 Disember 2020 – Situasi Terkini Rabies di Sarawak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin...

Posted by Noor Hisham Abdullah on Tuesday, December 22, 2020

Artikel Berkaitan: