X

Kindly register in order to view this article
!

Kelantan FC langsai tunggakan gaji Cassio

A
A

KELAB Bola Sepak Kelantan (Kelantan FC) sudah melunaskan sepenuhnya tunggakan gaji bekas pemain import skuad The Red Warriors (TRW), Cassio Francisco de Jesus.

Penasihat Undang-Undang Kelantan FC, Shairuz Sheffie melalui hantaran di laman Facebook rasmi pasukan itu, Kelantan FC berkata, kelab itu telah berjaya menyelesaikan banyak hutang tertunggak dalam tempoh tiga bulan terakhir ini.

"Kami kini sedang menyelesaikan hutang-hutang pemain yang telah membuat laporan kepada FIFA. Salah satunya pemain adalah Cassio Fransisco yang jumlah hutang tertunggak keseluruhan adalah AS$155,794.51 (RM679,263.20).

“TRW ingin mengumumkan bahawa kami telah memperoleh tawaran dari Mr Cassio dan beliau telah bersetuju untuk menerima pembayaran penuh dan terakhir sebanyak AS$149,500.00,” katanya dalam kenyataan di Facebook berkenaan hari ini.

Berdasarkan kepada kenyataan rasmi dan surat kepada pejabat peguam Cassio iaitu Messrs Fahmi Zhafri Ashraf & Co yang dilampirkan dalam hantaran Facebook itu, tunggakan itu dilunaskan menerusi empat kali pembayaran.

Pembayaran pertama dibuat pada 9 September lepas dengan pembayaran sebanyak RM105,000 dan diikuti pembayaran kedua pada 13 September (RM189,000), 15 Disember (RM30,487.59) serta 17 Disember (RM288,145.00).

Sebelum ini media melaporkan Kafa membuat permohonan bagi membawa isu tunggakan gaji bekas pemain import pertahanan dari Brazil itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Pasukan Kelantan ketika ini dimiliki oleh seorang ahli perniagaan iaitu Norizam Tukiman selepas membeli pasukan itu daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada September lepas. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!