X

Kindly register in order to view this article
!

EMA luluskan vaksin Pfizer-BioNTech

Dos vaksin itu akan diagihkan dalam kalangan negara anggota EU mengikut jumlah populasi mereka. - Foto AFP
A
A

THE HAGUE - Agensi Perubatan Eropah (EMA) hari ini meluluskan vaksin Covid-19 dihasilkan Pfizer-BioNTech yang akan membuka jalan kepada program vaksinasi di seluruh Kesatuan Eropah (EU) di tengah-tengah kemunculan varian baharu di United Kingdom (UK) yang mencetuskan kebimbangan ramai.

"Saya dengan besar hati mengumumkan jawatankuasa saintifik EMA membenarkan pemasaran bersyarat vaksin tersebut," kata Ketua EMA, Emer Cooke.

Saranan oleh EMA itu dibuat beberapa minggu selepas negara lain seperti United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) meluluskan vaksin Pfizer-BioNTech tersebut untuk kegunaan kecemasan serta sehari selepas Switzerland juga memberi kelulusan pemasaran bersyarat sama.

Difahamkan, Suruhanjaya Eropah (EC) telah menandatangani perjanjian bagi mendapatkan 200 juta dos vaksin yang menggunakan teknologi mRNA tersebut dengan pilihan tambahan untuk 100 juta dos vaksin.

Dos vaksin itu kemudiannya akan diagihkan dalam kalangan negara anggota EU mengikut jumlah populasi mereka.

Jika mengikut seperti yang dirancang, negara Eropah dijangka memulakan program vaksinasi antara 27 dan 29 Disember ini. - AFP


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!