Urusan di KWSP bersistematik, orang ramai puas hati

Orang ramai mula membanjiri Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Shah Alam di Seksyen 15 seawal 8 pagi pada Isnin.
Orang ramai mula membanjiri Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Shah Alam di Seksyen 15 seawal 8 pagi pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Seksyen 15 di sini mula dipenuhi orang ramai seawal jam 8 pagi pada Isnin untuk urusan pendaftaran i-Akaun bagi permohonan i-Sinar.

Biarpun beratur panjang, orang ramai yang ditemui bagaimanapun menyifatkan urusan mereka di pejabat KWSP itu bersistematik dan berjalan lancar kerana banyak dibantu oleh kakitangan KWSP.

Pengunjung, Abdul Halim Yusuf, 41, berkata, dia datang sejak jam 11 pagi untuk urusan pendaftaran i-akaun.

"Saya datang tadi orang dah mula ramai. Jadi saya beratur untuk menunggu giliran, Alhamdulillah, walaupun beratur panjang saya lihat urusan di sini agak sistematik.

"Pihak KWSP juga menyediakan kaunter khas di bahagian luar pejabat mereka. Pada masa sama kakitangan KWSP juga membantu orang ramai yang hendak melakukan urusan di sini. Jadi semuanya berjalan lancar dan teratur," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beberapa kakitangan KWSP Shah Alam di Seksyen 15 membantu orang ramai yang melakukan urusan pada Isnin.
Beberapa kakitangan KWSP Shah Alam di Seksyen 15 membantu orang ramai yang melakukan urusan pada Isnin.

Seorang lagi pengunjung, Mardiah Md Noor, 54, berkata, keadaan pada hari ini lebih selesa berbanding sebelum ini.

"Sebelum ini saya pernah datang, tapi terlalu ramai sangat orang, jadi saya pun balik. Datang semula hari ini tengok ramai juga, tapi rasa tak begitu lama sangat beratur tadi.

Artikel Berkaitan:

"Kakitangan KWSP ada yang membantu. Mereka buka kaunter khas di luar, jadi memang mudah sungguh," katanya,

Tinjauan yang dijalankan Sinar Harian juga mendapati keadaan terkawal biarpun ramai orang.

Petugas KWSP juga dilihat berada di hadapan pejabat bagi membantu mereka untuk melakukan urusan.