KK Super Mart buka outlet ke-500 di Bentong

Outlet KK Super Mart yang ke-500 dibuka di Bentong, Pahang pada 12 Disember lalu.
Outlet KK Super Mart yang ke-500 dibuka di Bentong, Pahang pada 12 Disember lalu.
A
A
A

KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd memilih bandar Bentong, Pahang untuk pembukaan outlet KK Super Mart yang ke-500 pada 12 Disember lalu.

Pengasasnya, Datuk Seri Dr KK Chai berkata, kelainan yang dilaksanakan bagi meraikan outlet ke-500 itu dan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ialah lebih berobjektifkan kebajikan kepada masyarakat dan komuniti setempat.

Menurutnya, beberapa produk terpilih diberi potongan harga dari 60 hingga 80 peratus seperti pelitup muka, gula pasir, minuman, mee segera, aiskrim dan biskut berjenama.

“Kami telah membuktikan segalanya tidak mustahil. Impian mempunyai 500 outlet pada tahun 2020 menjadi kenyataan. Terbukti perancangan yang teliti dan mempunyai barisan pekerja yang berdedikasi penyumbang kepada kejayaan ini.

"Walaupun kita kini terbatas pergerakan dalam melakukan rutin biasa dalam perniagaan namun kami tekad ia bukan penghalang untuk raikan kejayaan kami. Kami raikan secara sederhana dan SOP masih kami patuhi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KK Super Mart meyumbangkan sejumlah 70,000 keping pelitup muka kepada lima sekolah di daerah Bentong.
KK Super Mart meyumbangkan sejumlah 70,000 keping pelitup muka kepada lima sekolah di daerah Bentong.

Beliau berkata, pelanggan dilihat tidak mahu ketinggalan mendapatkan promosi-promosi istimewa yang ditawarkan ketika pembukaan outlet-outlet baharu seperti di outlet KK Super Mart di Bentong, Kuala Lumpur dan Selangor baru-baru ini.

Katanya, KK Super Mart turut menyumbangkan sejumlah 70,000 keping pelitup muka kepada lima sekolah di daerah Bentong dan penyerahan dilakukan olehnya kepada Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Bentong, Saiful Baheran Abdul Manaf di Pejabat Pendidikan Bentong dengan disertai wakil sekolah terpilih.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu Chai berkata, beliau optimis pertumbuhan ekonomi negara mampu pulih secara berperingkat pada awal tahun 2021.