'Di mana Meng Chai'

Gambar Tan Meng Chai yang dilaporkan hilang sejak 18 Ogos lalu.
Gambar Tan Meng Chai yang dilaporkan hilang sejak 18 Ogos lalu.
A
A
A

RAUB - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang sejak 18 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abd Rahman berkata, kehilangan mangsa disedari cucunya selepas gagal menghubungi datuknya, Tan Meng Chai, 61.

Menurutnya, kali terakhir cucunya melihat lelaki itu pada pagi 24 Julai lalu di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Ruan, di sini.

"Satu laporan polis telah dibuat cucnya berhubung kehilangan lelaki itu pada 18 Ogos lalu.

"Kehilangan mangsa disedari selepas cucunya gagal mencari lelaki itu di sekitar kawasan Sungai Ruan.

"Pengadu juga mendapati aplikasi WhatsApp datuknya aktif kali terakhir pada 27 Julai lalu," katanya melalui satu kenyataan pada Rabu.

Mohd Shahril berkata, cucunya telah menemui kenalan datuknya itu untuk mendapatkan maklumat dan bantuan bagi mengesan warga emas itu.

"Ada yang mendakwa kali terakhir melihat lelaki itu pada 27 Julai lalu.

Artikel Berkaitan:

"Selepas usaha mengesan datuknya gagal, pengadu tampil membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan warga emas tersebut," katanya.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat atau ternampak warga emas tersebut diminta agar menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub di talian 09-3552222.