Majlis perkahwinan 'pandu lalu' anak Tengku Adnan meriah

Pasangan pengantin dan keluarga melambai kepada tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan mereka yang diadakan secara pandu lalu di Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya pada Ahad.
Pasangan pengantin dan keluarga melambai kepada tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan mereka yang diadakan secara pandu lalu di Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya pada Ahad.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kira-kira 10,000 jemputan hadir memeriahkan majlis perkahwinan anak lelaki Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang diadakan dengan konsep pandu lalu di Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya pada Ahad.

Majlis perkahwinan yang bertemakan adat Jawa itu diadakan di atas pentas khas yang didirikan di hadapan bangunan Istana Kehakiman bermula sekitar jam 10.30 pagi hingga 2 petang.

Tetamu yang hadir melalui jalan Dataran Putrajaya berpeluang melihat pasangan pengantin, Tengku Muhammad Hafiz, 24, dan Oceane Cyril Alagia, 20, melambaikan tangan dari pentas dan kemudian mengambil juadah makanan yang disediakan di khemah khas secara panda lalu.

Tengku Adnan berkata, beliau bersyukur kerana majlis perkahwinan anaknya itu berjalan lancar.

"Terima kasih kepada semua warga Putrajaya yang sudi hadir ke majlis perkahwinan pandu lalu ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Ahad.

Sementara itu, Tengku Muhammad Hafiz berkata, konsep majlis ini diadakan adalah cetusan idea daripada ayahnya bagi mengeratkan hubungan sesama rakyat sambil menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

Tengku Adnan menyapa orang awam yang hadir secara pandu lalu pada majlis perkahwinan anaknya.
Tengku Adnan menyapa orang awam yang hadir secara pandu lalu pada majlis perkahwinan anaknya.

"Saya gembira kerana majlis ini berjalan dengan lancar dan meriah walaupun diadakan secara berlainan daripada kebiasaan.

Artikel Berkaitan:

"Selain daripada makanan yang diberikan secara pandu lalu, saya juga gembira dapat beramah mesra dengan warga Putrajaya," katanya yang merupakan anak ketujuh daripada 10 orang adik beradik.

Ketika ditanya mengenai lokasi percutian bulan madu katanya, beliau merancang untuk ke Langkawi pada minggu hadapan.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan artis yang membuat persembahan.

Antara artis yang membuat persembahan adalah kumpulan Far East, Ella, Project X Production, dan Kumpulan Perbadanan Putrajaya (PPJ) Band.