X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 20 Oktober 2021

Redah banjir agih piza percuma

Antara kanak-kanak yang menerima piza percuma hasil sumbangan NGO Thirdforce Rantau Panjang.
A
A

RANTAU PANJANG - Walaupun terpaksa meredah banjir, situasi itu tidak menghalang usaha Badan Bukan Kerajaan (NGO), Thirdforce untuk mengagihkan 100 piza percuma kepada mangsa banjir khususnya kanak-kanak di beberapa lokasi di terutamanya pesisir Sungai Golok.

Wakil Thirdforce Rantau Panjang, Tuan Zaimah Raja Omar berkata, kali ini pihaknya membuat satu kelainan dengan memberikan piza percuma kepada kanak-kanak terutamanya kepada mereka yang sibuk membantu keluarga mengemas rumah ketika banjir mula melanda dua hari lalu.

“Alhamdulillah, mereka sangat teruja untuk menikmati piza tersebut dan kita yakin selepas ini banyak lagi kelainan yang boleh dilakukan terutamanya melibatkan mereka yang tidak dapat makan dengan sempurna di rumah dalam situasi banjir ketika ini.

Tuan Zaimah (kanan) menyampaikan sumbangan piza percuma kepada mereka yang terjejas akibat banjir di sekitar kawasan Rantau Panjang.
Tuan Zaimah (kanan) menyampaikan sumbangan piza percuma kepada mereka yang terjejas akibat banjir di sekitar kawasan Rantau Panjang.

“Jadi ini adalah salah satu cara kami untuk kembalikan semula semangat mereka selepas berpenat lelah membantu keluarga masing-masing mengemas dan sebagainya. Pada masa sama kita turut memberikan nasihat agar tidak leka bermain air banjir dan bahayanya," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Tuan Zaimah berkata, pemberian piza percuma tersebut melibatkan beberapa kampung seperti Kampung Tersang, Kampung Jejawi, Kampung Gual To'Deh, Kampung Siram dan Kampung Kedai Lama.

"Selain piza, barangan berbentuk keperluan memasak dan makanan lain turut disumbangkan kepada yang memerlukan dan bantuan ini merupakan hasil kerjasama semua pihak yang telah menghulurkan sumbangan kepada Thirdforce.

“Keterujaan mereka menerima sumbangan dan menikmati piza ini telah membayar penat lelah kami. Insya-ALLAH kita akan perluaskan lagi sumbangan selepas ini,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!