Anggota tentera maut nahas tiga kenderaan

Mangsa maut di tempat kejadian selepas terbabit dalam nahas di Lebuh Raya Utara -Selatan di Ipoh pada Ahad.
Mangsa maut di tempat kejadian selepas terbabit dalam nahas di Lebuh Raya Utara -Selatan di Ipoh pada Ahad.
A
A
A

IPOH - Seorang anggota tentera maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 278 Lebuh Raya Utara- Selatan arah utara di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, Muhammad Nashrul Hazwan Md Akhir, 26, yang bertugas di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, polis menerima maklumat kemalangan maut membabitkan sebuah motosikal jenis SYM VF3i, lori dan pacuan empat roda Mitsubishi Triton.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan menghala ke utara dipercayai telah melanggar belakang lori yang dipandu lelaki berusia 24 tahun di lorong kiri.

“Akibat perlanggaran itu, motosikal mangsa terjatuh ke lorong kanan dan kemudiannya datang Mitsubishi Triton yang dipandu lelaki berusia 26 tahun dari arah belakang lalu melanggar mangsa,” katanya.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat.

“Bedah siasat akan dilakukan pada jam 10 pagi bagi mengetahui punca kematian. Pemandu lori dan pemandu Mitsubishi Triton bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

“Siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel Berkaitan: