X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki berdiri tepi landasan monorel

Seorang lelaki berdiri di tepi landasan monorel di Jalan Bukit Bintang di sini dalam cubaan membunuh diri petang tadi.
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki membahayakan diri dengan berdiri di tepi landasan monorel di Jalan Bukit Bintang di sini dalam cubaan membunuh diri.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.02 petang tadi.

Sepasukan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, PBK II Harizu Mamat berkata, pasukan bomba bersiap sedia di bahagian bawah landasan selepas usaha memujuk lelaki berusia 42 tahun dari Sarawak itu tidak berjaya.

"Bagaimanapun, pihak polis berjaya menenteramkan lelaki tersebut pada jam 5.35 petang," katanya.

Menurutnya, kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!